Pipa pipa - makhluk yang pelik?

June 13, 2011

Pipa pipa

Sila jangan muntah depan laptop anda

Inilah dia Pipa pipa yang aku maksudkan tu. Pipa pipa atau nama khas dia "Surinam Toad" merupakan sejenis katak yang hidup di kawasan paya, dan banyak terdapat di negara Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, French Guiana, Guyana, Peru, Suriname, Trinidad, Tobago dan Venezuela. Badan katak ni berbentuk daun, dan habitatnya selalunya terancam. Biji-biji kat atas badan dia adalah telur-telur yang disenyawakan oleh katak jantan. Kat atas badan katak betina tu ada pori-pori kecil bagi membolehkan telur tersebut menetas dengan jayanya. Sila tonton video kat bawah ni untuk melihat macam mana telur katak tu menetas:


Unik kan ciptaan Allah S.W.T. yang satu ni? Walaupun dia punya rupa tak sekiut anak kucing yang baru lahir, penciptaan makhluk ini menunjukkan betapa besarnya kuasa dan kebijaksanaan Allah. Mengapa? Kerana katak ni tak sama seperti katak lain yang bertelur dengan melindungi telur-telurnya di dalam buih-buih halus seperti yang biasa kita tengok. Allah jadikan katak ni bertelur di atas permukaan badan dia sebab katak ni hidup dalam habitat yang terancam. Yela, dalam paya tu kan macam-macam ada, so memang tak selamat la kalau telur katak tu duk dalam buih kan? Subhana Allah, indahnya ciptaan Allah :)

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe