Bacalah Yaasin

June 03, 2011

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yaasin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, dia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika seseorang tiada pakaian, dia boleh mendapat pakaian.
  3. Jika seseorang belum berkahwin, dia akan mendapat jodoh.
  4. Jika seseorang berada di dalam ketakutan, boleh hilang perasaan takutnya.
  5. Jika seseorang itu terpenjara, dia akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, dia akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat, boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika surah Yaasin dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah S.W.T. meringankan seksaannya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, maka hilanglah rasa hausnya.
  10. Jika surah Yaasin dibacakan kepada orang yang sakit, terhindarlah dia daripada penyakitnya. 
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yaasin. Sesiapa yang membaca surah Yaasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi: "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yaasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya, alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak berasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah S.A.W. bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua surah Tabarak, Allah jadikan setiap huruf bercahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya melalui tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya; tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe