Adab Minum Rasulullah S.A.W.

June 05, 2011

Rasulullah S.A.W. amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini adalah amalan kesihatan. Rasulullah S.A.W. juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
  1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
  2. Mencuci perut.
  3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke dalam usus besar.
  4. Menghapuskan sekatan di dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
  5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasulullah S.A.W. suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
 
Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah S.A.W. suka minum minuman manis dan sejuk". Hadis ini bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Di dalam suatu doa, Rasulullah ada menyebut: "Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar daripada cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk".

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh, lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum:
  1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  2. Bacalah "Bismillah".
  3. Minum dengan tiga nafas.
  4. Minum dalam keadaan duduk.
  5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
  6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan), bacalah Alhamdulillah.
  7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
  9. Minumlah dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Instagram