Azab Wanita

June 02, 2011

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat sekalian, ini adalah sebuah renungan khususnya untuk para wanita dan diri aku sendiri.

Saidina Ali r.a. menceritakan suatu ketika beliau melihat Rasulullah S.A.W. menangis manakala beliau datang bersama Fatimah r.a., lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah S.A.W. menangis. Baginda menjawab, "Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai-bagai jenis seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis, kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksaannya". 

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat oleh ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan yang digantung payudaranya. Aku lihat perempuan tergantung kedua-dua belah kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala jengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, dan badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar daripada duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung api neraka", jawab Nabi S.A.W.

Fatimah Az-Zahra r.a. kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa seperti itu. Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang digantung payudaranya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua-dua belah kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, dia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi wajib untuk menyucikan dirinya daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri adalah kerana dia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka adalah kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang lain, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua-dua belah kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dan dihulurkan ular dan kala jengking padanya adalah kerana dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suaminya".

Mendengarkan perkara itu, Saidina Ali r.a. dan Fatimah Az-Zahra r.a. pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe