Jangan Biarkan Mereka Keseorangan!

June 01, 2011

Petang semalam aku pergi ke Pejabat Pos Batu Enam, nak melangsaikan hutang aku sebanyak RM8 dengan P1. Disebabkan semalam aku ingat ialah hari Rabu, berkobar-kobar semangat aku untuk pergi membayar hutang. Nanti esok lusa tak boleh pergi dah, transport tak ada. Kang bayar lambat-lambat, tak pasal-pasal akaun aku kena sekat nanti, dah tak boleh nak berblog. Tapi bila dah tahu yang sebetulnya semalam ialah hari Selasa, aku ingat nak pergi bayar hutang hari ni jela (ikut plan asal nak pergi bayar pada hari Rabu). Tapi alang-alang dah niat nak bayar semalam, aku pun pergi lah dengan mak aku.

Sampai kat sana, nombor aku 2350, nombor sekarang 2335. Lagi 15 orang. Orang tak ramai sangat dah, sebab jam pun dah nak ke pukul 5 petang. Jadi aku pun tunggu jela dalam post office tu, walaupun aku tak berapa nak tahan bau ketiak makhluk Allah yang sungguh mengancam, nyaris-nyaris buat aku pengsan. Tengok kiri-kanan, ada makcik sorang, ada budak lelaki sorang. Aku tenangkan diri. Orang lain boleh bersabar, takkan aku tak boleh. Dalam hati mengutuk, "Harap-harap lepas ni kalau sesiapa yang berkenaan tu nak pergi ke tempat-tempat awam macam ni, tolonglah pakai deodorant berbotol-botol".

Tengah-tengah menunggu giliran tu, satu persatu aku tengok angka giliran akak kaunter tu dia next-kan. Dah tu tak sampai seminit pun dia tunggu, terus dia panggil nombor lain. Kesian dekat pakcik makcik yang tengah menunggu tu. Ada lah sorang pakcik tu, dia macam lost gitu, kawan dia (pakcik sorang lagi) tanya dia "Nombor berapa?" baru dia sedar yang dia dah terlepas nombor dia. Tersentuh hati. Bukan apa, biasalah warga emas, dorang bukan selalu alert macam kita ni orang muda-mudi. Banyak yang dorang tengah fikir dalam fikiran dorang. Tu yang dorang lost tu. Time tu aku agak nak marahlah dengan akak kaunter tu, tekan nombor giliran cepat sangat. Tapi tak boleh nak salahkan dia seratus-peratus juga kan. Dah kerja dia. Dah lah kena paksa dengan aku (Ada ke patut dia tak bagi aku bayar lebih daripada apa yang tertulis kat dalam bil P1 aku tu? Takkanlah aku pergi ke pejabat pos semata-mata nak bayar RM8 je kot, buat penat jela aku tunggu kan). Nasib baik akak tu considerate.

Pasal cerita pakcik tu, pengajaran yang aku dapat ialah, apabila seorang warga emas (tak kiralah mak kita ke, atuk kita ke, mak sedara kita ke) nak pergi ke tempat-tempat awam macam tu, temanlah dorang. Jangan biarkan mereka keseorangan. Takut dorang lost nanti. Kesian dorang, dah penat-penat tunggu, tak pasal-pasal terlepas angka giliran. Macam mana kalau dorang ada masalah kesihatan, kena tahan bernafas dengan udara di dalam pejabat pos yang tak berapa nyaman tu? Lagi kesian dorang weh. Nanti kita pun akan jadi lost macam dorang juga suatu hari nanti. Jadi sekarang jangan sombong sangat bila atuk/nenek/mak/ayah/d.l.l. ajak korang pergi teman dia pergi bayar bil ye. Lagi bagus kalau kita pergi bayarkan untuk dorang :)

Sayangilah warga emas

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Instagram