Rumput dan Kuda

May 17, 2011

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu: Lukisan apa yang kamu buat ni Abu, kosong je?
Murid: Kuda makan rumput, cikgu!
Cikgu: Rumputnya mana?
Murid: Sudah habis dimakan kuda, cikgu!
Cikgu: Habis tu, kudanya mana?
Murid: Sudah pergi, cikgu. Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?

Satu metafora

Terima kasih kepada warga pendidik sekalian kerana telah bertungkus-lumus mendidik kami dengan penuh kesabaran. Jasamu dikenang sentiasa. Selamat Hari Guru 2011.

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Instagram