Kebaikan Bertudung Dari Aspek Sains

May 25, 2011

Zaman kini, kita dapat melihat ramai wanita Islam yang tidak bertudung. Harap pembaca-pembaca yang mana wanita Muslim akan mendapat kesedaran dan mengetahui hikmah dan kebaikan bertudung ini. Jom kita selidik.

Artikel "The Science Behind The Veil" di IslamOnline.net tulisan Karima Burns menyebut:
“Ujian menunjukkan 40 hingga 60% daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, justeru menutupnya terutamanya pada musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan pada musim panas. Pakar otak, V.G. Rocine mengatakan bahawa fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberikan beberapa kesan negatif kepada otak”.

Artikel "Highest Phosphorus Foods" di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa: “Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan berupaya untuk menjejaskan kesihatan otak. Justeru itu, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas”.

Banyak perkara yang Islam suruh, semuanya adalah berkaitan dengan otak. Sebagai contoh, solat dapat melancarkan urat darah di dalam otak. Segalanya bermula daripada otak, barulah badan kita jadi cergas dan sihat. Apa yang Islam suruh, semuanya ada kebaikan, dan tidak sedikit pun menyusahkan umat manusia. Malah bagi lelaki pun, jika memakai songkok atau kopiah, dapat juga menutup kepala kan? Selamat beramal!

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Instagram