Al-Kisah Tentang Malas

August 08, 2011


Pada suatu ketika dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka dan tidak ada yang malas walau seorang pun. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu dijalankan, ada seorang lelaki telah mengaku bahawa:
 
Katanya, "Saya adalah yang paling malas".

Raja pun bertanya, "Apa tahap kemalasan awak?".

Lalu jawab lelaki tersebut, "Kalau saya hendak makan, harus ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba, datang seorang lelaki lagi lalu berkata, "Saya lebih malas lagi daripada dia, wahai tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya, "Sampai mana pulak tahap kemalasan awak?".

Maka jawabnya, "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan untuk saya".

Maka raja pun terdiam membisu. Tanpa disangka-sangka, lalu datanglah seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,

"Saya adalah yang paling malas, tuanku".

Raja pun bertanya, "Bagaimana pula dengan tahap kemalasan awak?".

Budak itu pun menjawab, "Entahlah. Nak cerita pun malas....".

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe