12 Rabiul Awal, what today is all about

February 05, 2012

I know I was away for quite sometime. I must admit I rarely update anything over here. I tend to spend my holiday doing normal stuffs, such as watching TV, reading a little bit of this and that, socialising with the family members and else. I did thought of certain topics to blog about, because pretty interesting events did occur throughout this holiday, but I found them very hard to be written here. The conclusion is, I'm lazy. Heee.

*****

Today is Maulidur Rasul right? Thus I've decided to fill in the blank blog page. Bersyukur sangat sebab Allah S.W.T. masih panjangkan umur dapat sambut hari kelahiran Nabi S.A.W. sekali lagi. Bersyukur sebab Allah pilih kita semua tergolong sebagai umat Muhammad S.A.W., umat akhir zaman, umat yang paling senang dapat masuk syurga sebab hidup dalam zaman penuh fitnah, buat kebaikan sikit, banyak ganjaran Allah bagi. Ada iman sekecil zarah dalam hati, Allah bagi masuk syurga dengan izin-Nya. Masya Allah. Sangat bertuah jadi umat Rasulullah S.A.W, sangat beruntung.

Our Prophet Muhammad S.A.W. has done so many things for us, for Islam, since his first hijra from Mecca to Medina, spreading our faith of Islam until it became what it is today. Biarpun dicaci, dimaki, dilempar najis, diludah, Baginda tetap sabar menghadapi semua itu, semata-mata untuk memikul tanggungjawab Baginda sebagai seorang Rasulullah, Utusan Allah yang terakhir. Ya Allah, betapa beratnya tanggungjawab Baginda, betapa besarnya pengorbanan Baginda terhadap kita semua. Siang malam Baginda menangis apabila fikirkan umat Baginda, siang malam Baginda berdoa, bertahajjud kepada Allah S.W.T. sampai bengkak-bengkak kaki Baginda, agar Allah ampunkan dosa umat Baginda sekalian alam. Kalau boleh, Baginda mahu kita semua masuk syurga Allah. Ya Allah, betapa sayangnya Rasulullah S.A.W. kepada kita semua!

Perkataan "Muhammad" ditemui pada sarang lebah

Hari ini, 12 Rabiul Awal, marilah sama-sama kita semua menyambutnya dengan penuh keinsafan. Rasullullah S.A.W. tak minta banyak pun daripada kita. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam khutbah Baginda yang terakhir, "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku". Cara nak sambut Maulidur Rasul ada banyak. Antaranya:
  1. Tingkatkan selawat ke atas Baginda S.A.W. pada setiap hari sebagai tanda kita mengingati Nabi. Bacaan selawat: Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim.
  2. Amalkan sunnah-sunnah Nabi dalam kehidupan kita, yakni selepas bangun tidur sehinggalah kita tidur kembali. Contohnya: Baca doa-doa harian (doa makan, doa masuk tandas, dan sebagainya), solat di awal waktu, dan lain-lain lagi.
  3. Sabar, tabah dan redha dalam menghadapi kehidupan, macam apa yang Nabi S.A.W. buat semasa hayat Baginda. Banyakkan beristighfar jika melalui ujian Allah S.W.T., walau sebaik atau seburuk mana pun ujian tersebut.
  4. Jaga perkataan dan perbuatan harian kita, lebih-lebih lagi semasa berinteraksi dengan orang lain. Jika ada tersilap langkah, meminta maaf dan memaafkanlah antara kita. Sedangkan Nabi Muhammad pun memaafkan umat Baginda, lagikan pula kita sebagai umat Baginda yang lemah ini.
  5. Sentiasa membaca Al-Quran dan cuba memahami maksudnya. Biasakan diri membaca Al-Quran sebelum dan selepas solat. Insya Allah, Allah S.W.T. akan buka hati kita agar sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam melakukan ibadat kepada-Nya. 

Semoga hari ini akan jadi lebih baik daripada semalam untuk kita semua :)

You Might Also Like

2 Comments

  1. love your blog. matang dan cergas.
    salam dari Dungun.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih datang baca. Salam dari Kuala Terengganu! :DD

    ReplyDelete

Speak now or forever hold your peace.

Instagram