Setitis Usaha, Semanis Kejayaan

July 20, 2011

Petang tadi kami ramai-ramai duk luar rumah. Biasalah kan, konon nak beriadah. Bosan jugak duk mengadap laptop berjam-jam, padahal habuk pun tarak. Haha. Lagipun aku dengan Syafik nak train si Syukri tu naik basikal. Hari ni hari ke-tigalah dia belajar. Aku yang baru bersiap-siap nak pakai tudung nak keluar rumah, tetiba terdengar bunyi bising si Syafik menjerit, "Kak, kak, Syukri boleh bawak basikal dohhhh!!". Aku pun cam berlari-lari la nak tengok dia. Cam tak percaya je, sebab semalam dia stilll tak boleh nak balance dia punya body lagi bila duk atas basikal tu. Asyik nak terbalik je. Alih-alih, hari ni dah boleh bawak basikal dah aihhhh.


Sampai je kat luar rumah, aku nampak Syukri tersenyum girang sambil kayuh basikal. Memang betul rupanya dia dah boleh berbasikal. Eh, pelik bin ajaib. Dia pun cakap la yang dia dah training sorang-sorang daripada pukul 4 petang tadi lagi, time aku sedang enak membaca blog rakan-rakan blogger. Tapi, tengok daripada cara dia kayuh basikal tu, masih banyak lagi yang kena improve.

Jangan mengalah dengan kelemahan diri sendiri

Nak dijadikan cerita, Syukri ni baru je belajar naik basikal, even though dia dah Darjah 5. Dulu masa kecik-kecik, dia takut sangat nak naik basikal, even mak aku belikan basikal roda 3 pun dia still takut nak naik. Tahu gelek basikal je. Kitorang pernah ajar dia naik basikal time tu, tapi tak menjadik, disebabkan dia tak mampu lawan ketakutannya yang melampau tu. Jadi sejak hari tu, kitorang selalu la ejek dia. 

"Weh, mung tahu dok, mung sorang je yang tak pandai naik basikal dalam rumoh ning. Kahkahkah". 

"Weh, mung nakut (penakut) pahit. Kesian ke mung. Hahaha". 

Dan semalam dia joking dengan kitorang, "Mung tengok la kalau aku besar nanti, aku nak bawak kereta laju-laju. Huh!". 

Syafik pun cam, "Eleh, doh doh time tu mung baru reti bawak basikal".

Berderai ketawa kitorang. 

Maybe sebab tercabar dengan kata-kata menusuk kalbu tu, dia gigihkan diri belajar basikal berjam-jam seorang diri. Dan aku dapat tengok daripada air muka dia petang tadi, betapa gembiranya dia apabila berjaya capai matlamat dia. Betul lah orang tua-tua cakap, "Kemanisan kejayaan akan dapat dirasai bila mana kita berdikari menghadapi jatuh bangun untuk capai apa yang kita hajatkan".

Jangan malu untuk belajar

Walaupun dia dah berjaya kayuh basikal, tapi still dia tak boleh kawal handle basikal dengan baik. Asyik-asyik nak tengok kat pedal basikal je, bukan reti nak tengok depan pun. 

"Syafik, mung bawak basikal, mung tengok depan ke, mung tengok bawah?". 

Bagi kita, ini adalah soalan yang tak patut ditanya langsung, tapi dalam proses belajar, kita perlu ambil risiko untuk bertanya dengan orang yang lebih arif tentang apa-apa sahaja perkara yang kita tak tahu dan tak faham, walaupun soalan tu dianggap remeh. 

Selalunya dalam proses pembelajaran, kita akan menjadi bahan gelak ketawa rakan taulan. Sebagai contoh, Syukri gagal kawal handle basikalnya, sebab dia terlalu asyik melihat pedal basikalnya, dan kalau bawak basikal, dia mesti akan terbabas masuk semak. Apa lagi, aku dengan Syafik terbahak-bahak la tepi longkang tu. De jugak sorang dua penghuni kat taman perumahan yang kami tinggal tu lalu kat depan rumah kitorang, sambil gelakkan Syukri yang terbabas masuk semak. Tapi, dia tak pernah kisah, tak peduli orang nak gelak ke, hape ke, janji dia dapat bawak basikal dengan betul. Dan last-last dia berjaya jugak. 

"Yie, mung tak marah ke orang gelak ke mung?". 

"Tak pun. Best weh boleh bawak basikal! Rasa macam nak bawak hari-hari!". 

Oleh itu, dalam proses pembelajaran, anggaplah segala kutukan, ejaan, cercaan, makian, dan bebelan sebagai motivasi diri.

Kesimpulannya, kita perlu yakin dengan kebolehan diri sendiri. Orang lain boleh buat, takkan kita tak boleh buat kan? Cuma apa yang berbeza antara kita ialah tempoh masa yang diambil untuk capai sebuah kejayaan tu, samada cepat atau lambat.

Defeat is not the worst of failures. Not to have tried is the true failure - George Edward Woodberry

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe