Kelebihan Bulan Syaaban

July 19, 2011

Di bawah arasy, Allah S.W.T. telah menciptakan sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di atas permukaan laut tersebut, Allah telah menciptakan satu malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat Islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pada bulan Syaaban, maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibaskan sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka, akan berguguranlah berjuta-juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat Islam berselawat, maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air daripada tubuh malaikat tadi, akan tercipta satu malaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon kepada Allah S.W.T. akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. pada bulan Syaaban sampailah hari Kiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi, maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu, rajin-rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita akan tergolong bersama orang-orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah S.W.T.

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe