Petua Imam Syafi'e

February 04, 2011

4 Perkara Menguatkan Badan 
  1. makan daging
  2. memakai haruman
  3. kerap mandi
  4. berpakaian yang diperbuat daripada kapas 
4 Perkara Melemahkan Badan
  1. banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. selalu cemas
  3. banyak minum air ketika makan
  4. banyak makan bahan makanan yang masam
4 Perkara Menajamkan Mata
  1. duduk menghadap kiblat
  2. bercelak sebelum tidur
  3. memandang benda-benda yang hijau
  4. berpakaian bersih
4 Perkara Merosakkan Mata
  1. memandang najis
  2. melihat orang dibunuh
  3. melihat kemaluan
  4. membelakangi kiblat
4 Perkara Menajamkan Fikiran
  1. tidak banyak berbual kosong
  2. rajin bersugi (gosok gigi) 
  3. bercakap dengan orang soleh
  4. bergaul dengan para ulama'
4 Cara Tidur
  1. TIDUR PARA NABI: Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
  2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH: Miring ke sebelah kanan untuk memudahkannya terjaga untuk solat malam.
  3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA: Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
  4. TIDUR SYAITAN: Menelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Instagram